Hidup Dengan Keberanian
Hidup Dengan Keberanian
Isi Kandunggan
Bagaimanakah anda menjalani kehidupan yang mengabdi kepada Tuhan, sedangkan anda dikelilingi oleh budaya yang selalu bermusuhan terhadap kebenaran dan iman? Watak di dalam Perjanjian Lama, Daniel menjadi teladan yang cemerlang sebagai seorang lelaki yang hidup dengan pengabdian, keberanian dan iman, dalam budaya yang dibentuk oleh nilai-nilai dan keutamaan hidup yang amat berbeza daripada budayanya sendiri.
Setelah Daniel ditawan oleh orang Babilonia dan dibuang ke negara dan budaya asing, yakni beratus-ratus kilometer jauhnya dari rumahnya di Yerusalem, dia mengalami cabaran untuk hidup sesuai dengan imannya dalam budaya sebegini. Di tempat itu, Tuhan memakai Daniel dengan luar biasa, dan dengan berani Daniel menjalani hidup sesuai dengan imannya.
Daniel tidak tahu kesudahan hidupnya. Walaupun dia mengetahui janji-janji dan kekuasaan Tuhan, namun dia tidak tahu rancangan Tuhan. Dia hanya tahu bahawa dia ingin menjalani kehidupan yang taat, supaya memuliakan Tuhannya, apa pun situasi atau keadaan, mahupun pengujian atau pencubaan.
Hari ini, dalam budaya kita sendiri, kita dipanggil untuk menjadi Daniel dalam generasi kita. Sama ada kita dituang ke dalam acuan budaya kita, atau, seperti Daniel, kita boleh menggunakan kegelapan sebagai peluang untuk memancarkan terang Tuhan kita.
Semasa anda membaca Hidup dengan Keberanian, kami berharap anda akan terdorong untuk merenungkan pilihan-pilihan anda, dan menemui bagaimana anda boleh melayani Tuhan dengan berani dan setia dalam generasi anda.
Hidup Dengan Keberanian
Pelajaran Daripada Kehidupan Daniel
Penulis
BILL CROWDER melayani sebagai pastor selama lebih 20 tahun. Kini dia menjadi pengarah bagi bahagian Pelayanan Gereja dan pengarah bagi Penerbitan RBC Ministries. Bill juga seorang penulis buku The Spotlight of Faith (Sorotan Iman) dan The Path of His Passion, Windows on Christmas, dan Overcoming Life’s Challenges (Mengatasi Cabaran Hidup).
Isi Kandunggan
Bagaimanakah anda menjalani kehidupan yang mengabdi kepada Tuhan, sedangkan anda dikelilingi oleh budaya yang selalu bermusuhan terhadap kebenaran dan iman? Watak di dalam Perjanjian Lama, Daniel menjadi teladan yang cemerlang sebagai seorang lelaki yang hidup dengan pengabdian, keberanian dan iman, dalam budaya yang dibentuk oleh nilai-nilai dan keutamaan hidup yang amat berbeza daripada budayanya sendiri.
Setelah Daniel ditawan oleh orang Babilonia dan dibuang ke negara dan budaya asing, yakni beratus-ratus kilometer jauhnya dari rumahnya di Yerusalem, dia mengalami cabaran untuk hidup sesuai dengan imannya dalam budaya sebegini. Di tempat itu, Tuhan memakai Daniel dengan luar biasa, dan dengan berani Daniel menjalani hidup sesuai dengan imannya.
Daniel tidak tahu kesudahan hidupnya. Walaupun dia mengetahui janji-janji dan kekuasaan Tuhan, namun dia tidak tahu rancangan Tuhan. Dia hanya tahu bahawa dia ingin menjalani kehidupan yang taat, supaya memuliakan Tuhannya, apa pun situasi atau keadaan, mahupun pengujian atau pencubaan.
Hari ini, dalam budaya kita sendiri, kita dipanggil untuk menjadi Daniel dalam generasi kita. Sama ada kita dituang ke dalam acuan budaya kita, atau, seperti Daniel, kita boleh menggunakan kegelapan sebagai peluang untuk memancarkan terang Tuhan kita.
Semasa anda membaca Hidup dengan Keberanian, kami berharap anda akan terdorong untuk merenungkan pilihan-pilihan anda, dan menemui bagaimana anda boleh melayani Tuhan dengan berani dan setia dalam generasi anda.
author | Bill Crowder |
---|---|
Binding | Paperback |