Buku Bahasa Malaysia

Items 1 to 10 of 18 total

per page
Page:
  1. 1
  2. 2

Grid  List 

Set Descending Direction
  1. Langkah Pertama

    Langkah Pertama

    MYR5.00

    -Bahan permuridan yang mengandungi 30 hari pembacaan dan soalan perbincangan.


    - Bahan yang sistematik untuk membantu orang Kristian baru bertumbuh secara rohani.


    - Buku ini merangkumi 15 topik tentang memahami penyelamatan, mencontohi Kristus, serta menjalani kehidupan yang menang selepas menerima Kristus.

     
    Learn More
  2. Kitab Roma : Rancangan Tuhan Yang Sempurna

    Kitab Roma : Rancangan Tuhan Yang Sempurna

    MYR10.00

    Siri Perjalanan Iman menolong individu atau kelompok yang ingin menyediakan masa bersama Tuhan untuk merenungkan kitab demi kitab daripada firman-Nya. Wawasan yang diterima hari demi hari akan menolong orang percaya menemukan hikmat Alkitab yang mengubah hidup mereka dan mengilhami mereka semakin mendekat kepada Tuhan. Judul-judul dalam Siri Perjalanan Iman tepat untuk perenungan peribadi mahupun pemahaman Alkitab oleh kelompok.

    Learn More
  3. Tinjauan Perjanjian Lama

    Tinjauan Perjanjian Lama

    MYR40.00

    Panduan Membaca Kitab Kejadian hingga Maleakhi






    •  Ringkasan garis besar daripada seluruh 39 kitab Perjanjian Lama.




    • Ringkasan teks dan ikon disediakan pada margin halaman untuk menolong


    anda mengenali keperibadian, tema, ayat, dan penerapan yang penting.




    • Berisi tafsiran, kisah hidup, dan anekdot yang bersejarah. Ini membuat Alkitab


    mudah dimengerti dan bermanfaat melalui gaya penulisan yang menarik dan


    menghibur.




    • Mendorong pertumbuhan rohani dengan menyediakan pengetahuan dan ilham


    yang tidak akan anda temukan dalam buku rujukan yang lain.

    Learn More
  4. ALKITAB : PANDUAN HIDUP KELUAGA

    ALKITAB : PANDUAN HIDUP KELUAGA

    MYR5.00

    ALKITAB: PANDUAN HIDUP KELUARGA


    Kebanyakan Kristian maklum akan kepentingan untuk mengkaji firman Tuhan, dan benar-benar mengkajinya dengan bersungguh-sungguh secara peribadi, dalam kumpulan atau kelas di gereja. Bagaimanakah pula dengan mengkajinya bersama keluarga kita sendiri? Kita cenderung melupakan bahawa anak-anak kita adalah golongan penting dalam komuniti beriman yang boleh belajar sebanyak yang mungkin di rumah seperti di Sekolah Minggu. Anthony dan King Lang Loke menggunakan pengalaman mereka sebagai pengajar dan ibu bapa untuk berkongsi petua yang praktikal mengenai cara-cara ibu bapa  boleh membantu anak-anak mereka membaca dan mengkaji Alkitab bersama. Temuilah langkah-langkah untuk menjadikan pengkajian Alkitab sesuatu yang lebih menarik, dan carilah idea-idea untuk membincangkan buku-buku dalam Alkitab yang kurang dibaca apabila anda belajar firman Tuhan dan bertumbuh dalam iman bersama keluarga anda.


    Tentang Penulis


    Dr Anthony Loke mempunyai ijazah PhD dalam Pengajian Perjanjian Lama di Universiti di Wales,United Kingdom. Dia seorang pastor selama 32 tahun dan pernah menjawat sebagai pensyarah bagi subjek Perjanjian Lama di Seminari Theoloji Malaysia. Kini, dia ialah perunding utama di Seminari Tyrannus Online. Dia juga merupakan penulis bagi 10 buku dan telah mengarang banyak artikel bagi majalah dan buku-buku. Dia berusaha mengkaji Perjanjian Lama dan ingin membantu orang Kristian di Malaysia untuk membawa impak dari segi sosiopolitik melalui pengajaran Alkitab. Isterinya, King Lang mempunyai ijazah sarjana dalam Teologi Pengajaran Kristian (SEAGST: South East Asia Graduate School of Theology) dan kini mengajar di Sri Sempurna, sebuah institusi Kristian swasta di Kuala Lumpur. Dia sedang menamatkan Med (Sarjana Pendidikan) di Universiti Terbuka Malaysia. Mereka ada dua anak yang sudah dewasa.

    Learn More
  5. Siri Cerita Penting Combo (15 buku)

    Siri Cerita Penting Combo (15 buku)

    Regular Price: MYR75.00

    Special Price MYR50.00


    Siri Cerita Penting


    WOW01BM - Yesus Disalib
    WOW02BM - Yesus Hidup
    WOW03BM - Anak Yang Sesat
    WOW04BM - Rut Yang Setia
    WOW05BM - Orang Samaria Yang Baik

    WOW06BM - Yesus Lahir

    WOW07BM - Paulus Mengalami Perubahan Ajaib
    WOW08BM - Yunus Ditelan Ikan
    WOW09BM - Naaman Disembuh

    WOW10BM - Betimeus Yang Buta

    WOW11BM - Zakheus Yang Pendek

    WOW12BM - Anak Perempuan Yairus Disembuh

    WOW13BM - Pegawai Yang Tidak Mahu Mengampuni Orang

    WOW14BM - Orang Lumpuh Disembuh

    WOW15BM - Yesus Meredakan Angin Kuat





    Siri Cerita Penting ini menyampaikan cerita-cerita daripada Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru yang boleh dibaca sendiri oleh anak-anak. Ia mengandungi gambar-gambar yang berwarna-warni dan menarik untuk menjelaskan ajaran dalam Alkitab. Tujuan siri ini adalah menjadikan Alkitab hidup kepada anak-anak, supaya mereka lebih tertarik dengan pemberitaannya. Lalu mereka akan melihat kepentingan kata-kata Tuhan dalam kehidupan mereka sendiri. Siri ini memberikan maklumat latar belakang bagi setiap cerita untuk dibaca oleh ibu bapa. Soalan-soalan juga tersedia untuk direnungkan, agar ajaran dalam cerita-cerita dapat diingat. Di belakang setiap buku ialah teks Alkitab bagi setiap cerita yang diambil daripada Alkitab Berita Baik. Selain itu, buku-buku cerita ini boleh digunakan sebagai bahan pelajaran dalam Sekolah Minggu dan bahan bacaan di rumah. Buku-buku ini juga boleh dikongsi dengan kawan-kawan yang belum mengetahui Berita Baik daripada Tuhan.


    Learn More
  6. Pedoman Harian 2020 & Jurnal Rohani 2020

    Pedoman Harian 2020 & Jurnal Rohani 2020

    MYR12.00

    Pedoman Harian 2020 & Jurnal Harian



    Pedoman Harian kini mencapai 20 tahun! Ketika merenungkan kesetiaan Tuhan selama bertahun-tahun ini, kami betul-betul memahami "Kasih TUHAN abadi dan rahmat-Nya tidak berkesudahan; selalu baru setiap pagi, sesungguhnya Dia setia! (Ratapan 3:22-23). 

     

    Semoga 366 buah cerita pendek yang bernas dan menarik ini juga akan mengingatkan anda tentang pengajaran, pembetulan dan kebenaran Tuhan  (dan banyak lagi!) yang setia. Jadi nikmatilah saat-saat anda bersama Tuhan, dan alami pekerjaan Tuhan yang hebat dan mengubah kehidupan anda!






    Jurnal Harian  berdasarkan konsep Pedoman Harian, nikmatilah kesegaran masa bersama Tuhan dengan buku jurnal ini yang mengandungi:

    -  Artikel-artikel renungan

    -  Manfaat, cadangan dan panduan mengadakan masa renungan

    -  Ruangan untuk mencatatkan hasil renungan dan doa

    -  Reka bentuk yang berwarna dan senang dibaca


     


     


    Cara Pengguna

    Learn More
  7. Kitab Lukas : Renungkan Firman Tuhan Bersama Mike Raiter selama 62 hari

    Kitab Lukas : Renungkan Firman Tuhan Bersama Mike Raiter selama 62 hari

    MYR10.00

    LUKAS : Renungkan Firman Tuhan Bersama Mike Raiter selama 62 Hari



    “Pada hari ini di kota Daud telah lahir Penyelamat kamu, Kristus, Tuhan” (Lukas 2:11). Berita baik ini bukan sahaja disampaikan untuk orang yang tinggal di Yudea pada 2,000 tahun yang lalu, malahan masih bergema untuk seluruh dunia pada hari ini!

    Melalui buku ini, semoga anda akan melihat belas kasihan Yesus terhadap orang yang sesat; berasa kagum akan kewibawaan-Nya ke atas penyakit, kematian dan kerasukan roh jahat; mendengar panggilan-Nya untuk menyerahkan segala-galanya dan mengikut-Nya, malah dimaklum akan penyelamatan yang dibawa oleh-Nya.

    Marilah menempuh perjalanan bersama Lukas dan menemui Tuhan Yesus Kristus, Penyelamat kita.



    Mike Raiter ialah seorang pengkhutbah, pengajar dalam bidang khutbah, dan pernah menjawat sebag

    Learn More
  8. Kitab Kolose & Filemon : Bertumbuh Teguh dalam Kristus

    Kitab Kolose & Filemon : Bertumbuh Teguh dalam Kristus

    MYR10.00

    Siri Perjalanan Iman membekalkan bantuan kepada individu atau kumpulan yang rindu untuk bersekutu dengan Tuhan melalui firman-Nya. Ilham harian akan membantu orang Kristian menyedari kebijaksanaan Alkitab yang berharga serta mengubah kehidupan. Ia juga akan mengilhami orang Kristian supaya menjalinkan perhubungan rapat dengan Tuhan. Buku ini sesuai digunakan secara individu dan kumpulan untuk mengkaji dan merenungkan firman Tuhan

    Learn More
  9. Warga Kerajaan Tuhan

    Warga Kerajaan Tuhan

    MYR1.00

    Respons Orang Kristian Terhadap Kerajaan


    Isi Kandugan:


    Pemahaman untuk menyeimbangkan kerakyatan di dunia dan di syurga tanpa mengkompromikan tanggungjawab kita kepada Tuhan telah menjadi satu isu bagi ramai orang Kristian, sejak wujudnya kerajaan manusia. Buku Warga Kerajaan Tuhan berkongsi pandangan dan hikmat yang bersejarah daripada firman Tuhan untuk membantu anda menyedari apa yang dimiliki Tuhan dan dipercayakan-Nya kepada kerajaan. Temukan cara anda berdoa bagi orang yang terlibat dalam kepimpinan, menghormati kuasa mereka, dan mempunyai pendirian lain dengan hormat.

    Learn More
  10. Doa Yang Sepatutnya

    Doa Yang Sepatutnya

    MYR5.00

    Doa Yang Sepatutnya


    Adakah kamu tahu bahawa doa itu suara iman kita? Jika ini satu kenyataan, mengapakah kebanyakan umat Kristian berasa sukar atau bungkam ketika ingin berkata-kata kepada Bapa kita yang di syurga? Namun bagi senario lain, bagaimana kita tahu sama ada doa kita menyenangkan hati Tuhan, ataupun Dia seakan-akan menjadi “Aladdin” kita, mengabulkan setiap doa yang kita kemukakan kepada-Nya?



    Buku kompilasi ini (Berdoa Dengan Iman & Contoh Doa Yesus) akan membawa kita kembali kepada sumber doa kita, iaitu Tuhan sendiri. Melalui pengenalan akan siapa itu Tuhan kita dan contoh-contoh yang berkait rapat dengan kehidupan doa kita, kami berharap buku ini dapat membantu anda menemui makna sebenar dalam doa.


    “Begitu juga Roh Allah datang menolong kita yang lemah ini. Kita tidak tahu bagaimana kita patut berdoa; Roh itu sendiri bermohon kepada Allah dengan erangan yang tidak dapat diutarakan dengan kata-kata” (Roma 8:26).

    Learn More

Items 1 to 10 of 18 total

per page
Page:
  1. 1
  2. 2

Grid  List 

Set Descending Direction