Kitab Roma : Rancangan Tuhan Yang Sempurna

Be the first to review this product

Availability: In stock

MYR10.00
OR

Kitab Roma : Rancangan Tuhan Yang Sempurna

Details

Kitab Roma: Rancangan Tuhan yang Sempurna  : Kitab Roma menghuraikan apa yang dipercayai oleh orang Kristian dan rancangan Tuhan yang sempurna untuk membawa orang berdosa kembali kepada-Nya. Peranan penting kitab ini dalam membentuk sejarah gereja telah melebihi kitab mana pun dalam Alkitab. Kitab ini disebut sebagai dokumen teologi teragung yang pernah ditulis. Namun justeru itu, sebahagian orang menganggap kitab ini sukar untuk dipelajari. Mereka bertanya, “Mungkinkah aku boleh memahami konsep-konsep yang sukar dalam kitab ini?” Ya, memang boleh! Dengan gaya ulisan yang khas, David Cook menolong anda mencerna dan menghayati kebenaran-kebenaran yang sukar tersebut. Temukanlah sebab yang membuat injil disebut sebagai Berita Baik dan alamilah peneguhan atas apa yang anda percayai dan sebab anda beriman.

Siri Perjalanan Iman menolong individu atau kelompok yang ingin menyediakan masa bersama Tuhan untuk merenungkan kitab demi kitab daripada firman-Nya. Wawasan yang diterima hari demi hari akan menolong orang percaya menemukan hikmat Alkitab yang mengubah hidup mereka dan mengilhami mereka semakin mendekat kepada Tuhan. Judul-judul dalam Siri Perjalanan Iman tepat untuk perenungan peribadi mahupun pemahaman Alkitab oleh kelompok.

 

David Cook pernah menjadi pengetua bagi Sydney Missionary and Bible Collegeselama 26 tahun. Dia juga seorang penulis yang berpengalaman dan telah menulis sejumlah buku tafsiran Alkitab, sejumlah buku tentang kitab Nabi-Nabi Kecil, dan sejumlah panduan pemahaman Alkitab.

Additional Information

Product Code UK304
ISBN No
Price MYR10.00

Product Tags

Use spaces to separate tags. Use single quotes (') for phrases.