Kitab Matius : Segala Kuasa-Nya

Be the first to review this product

Availability: In stock

MYR10.00
OR

Kitab Matius : Segala Kuasa-Nya

Details

Matius: Segala Kuasa-Nya : Kitab pertama dalam Perjanjian Baru memberi penjelasan tentang siapa Yesus: Imanuel (Tuhan menyertai kita), dan Penyelamat bagi manusia di dunia ini. Ia menunjukkan Yesus menggenapi nubuat tentang Mesias, kematian-Nya serta kebangkitan-Nya yang membawa penyelamatan dan perdamaian antara manusia dengan Tuhan. Mulakan perjalanan Kitab Matius ini supaya kebenaran mengenai kuasa Yesus yang kekal akan mengubah perjalanan anda dengan Tuhan. Terimalah cabaran untuk menjawab panggilan Yesus dengan mengikutNya, serta menghayati ilham untuk menjalani kehidupan yang berkomitmen penuh kepada Yesus.

Siri Perjalanan Iman membekalkan bantuan kepada individu atau kumpulan yang rindu untuk bersekutu dengan Tuhan melalui firman-Nya. Ilham harian akan membantu orang Kristian menyedari kebijaksanaan Alkitab yang berharga serta mengubah kehidupan. Ia juga akan mengilhami orang Kristian supaya menjalinkan perhubungan yang rapat dengan Tuhan. Buku ini sesuai digunakan secara individu dan kumpulan untuk mengkaji dan merenungkan firman Tuhan.


Mike Raiter ialah seorang pengkhutbah, pengajar dalam bidang khutbah, dan pernah menjawat sebagai pengetua bagi Melbourne School of Theology di Australia. Kini dia ialah pengarah bagi Centre for Biblical Preaching dan telah menulis banyak buku. Salah satu karyanya, Stirrings of the Soultelah menerima anugerah sebagai Buku Kristian Terbaik pada tahun 2004 di Australia.




Additional Information

Product Code M2388
ISBN No
Price MYR10.00

Product Tags

Use spaces to separate tags. Use single quotes (') for phrases.