Kitab Kolose & Filemon : Bertumbuh Teguh dalam Kristus

Be the first to review this product

Availability: In stock

MYR10.00
OR

Kitab Kolose & Filemon : Bertumbuh Teguh dalam Kristus

Details

Kitab Kolose & Filemon: Bertumbuh Teguh dalam Kristus : Sekiranya kehidupan Kristian diibaratkan satu perlumbaan, bagaimanakah kita memastikan kita menghabiskan perlumbaan ini dengan teguh? Izinkanlah surat Kolose dan Filemon menjadi panduan dan sumber dorongan kepada anda semasa anda berusaha untuk menuju ke garis akhir. Surat Kolose merupakan campuran teologi dan pengajaran praktikal yang indah kerana rasul Paulus menggesa jemaah di Kolose yang muda ini terus bertumbuh teguh dalam Kristus, mengingatkan mereka tentang janji-janji, keperibadian dan kewibawaan Tuhan. Dalam surat Filemon, Paulus memberikan kita wawasan indah tentang sifat persekutuan Kristian yang dinamik dan mengubah kehidupan. Carilah harta yang terkandung dalam surat-surat ini dan izinkanlah pengajarannya memimpin anda mencapai kematangan dalam Kristus Yesus—Pencipta, Penyokong dan Penebus kita.

Siri Perjalanan Iman membekalkan bantuan kepada individu atau kumpulan yang rindu untuk bersekutu dengan Tuhan melalui firman-Nya. Ilham harian akan membantu orang Kristian menyedari kebijaksanaan Alkitab yang berharga serta mengubah kehidupan. Ia juga akan mengilhami orang Kristian supaya menjalinkan perhubungan rapat dengan Tuhan. Buku ini sesuai digunakan secara individu dan kumpulan untuk mengkaji dan merenungkan firman Tuhan.


Mike Raiter ialah seorang pengkhutbah, pengajar dalam bidang khutbah, dan pernah menjawat sebagai pengetua bagi Melbourne School of Theology di Australia. Kini dia ialah pengarah bagi Centre for Biblical Preaching dan telah menulis banyak buku. Salah satu karyanya, Stirrings of the Soultelah menerima anugerah sebagai Buku Kristian Terbaik pada tahun 2004 di Australia.

Additional Information

Product Code QT938
ISBN No
Price MYR10.00

Product Tags

Use spaces to separate tags. Use single quotes (') for phrases.