ALKITAB : PANDUAN HIDUP KELUAGA

Be the first to review this product

Availability: In stock

MYR5.00
OR

ALKITAB : PANDUAN HIDUP KELUAGA

Details

ALKITAB: PANDUAN HIDUP KELUARGA

Kebanyakan Kristian maklum akan kepentingan untuk mengkaji firman Tuhan, dan benar-benar mengkajinya dengan bersungguh-sungguh secara peribadi, dalam kumpulan atau kelas di gereja. Bagaimanakah pula dengan mengkajinya bersama keluarga kita sendiri? Kita cenderung melupakan bahawa anak-anak kita adalah golongan penting dalam komuniti beriman yang boleh belajar sebanyak yang mungkin di rumah seperti di Sekolah Minggu. Anthony dan King Lang Loke menggunakan pengalaman mereka sebagai pengajar dan ibu bapa untuk berkongsi petua yang praktikal mengenai cara-cara ibu bapa  boleh membantu anak-anak mereka membaca dan mengkaji Alkitab bersama. Temuilah langkah-langkah untuk menjadikan pengkajian Alkitab sesuatu yang lebih menarik, dan carilah idea-idea untuk membincangkan buku-buku dalam Alkitab yang kurang dibaca apabila anda belajar firman Tuhan dan bertumbuh dalam iman bersama keluarga anda.

Tentang Penulis

Dr Anthony Loke mempunyai ijazah PhD dalam Pengajian Perjanjian Lama di Universiti di Wales,United Kingdom. Dia seorang pastor selama 32 tahun dan pernah menjawat sebagai pensyarah bagi subjek Perjanjian Lama di Seminari Theoloji Malaysia. Kini, dia ialah perunding utama di Seminari Tyrannus Online. Dia juga merupakan penulis bagi 10 buku dan telah mengarang banyak artikel bagi majalah dan buku-buku. Dia berusaha mengkaji Perjanjian Lama dan ingin membantu orang Kristian di Malaysia untuk membawa impak dari segi sosiopolitik melalui pengajaran Alkitab. Isterinya, King Lang mempunyai ijazah sarjana dalam Teologi Pengajaran Kristian (SEAGST: South East Asia Graduate School of Theology) dan kini mengajar di Sri Sempurna, sebuah institusi Kristian swasta di Kuala Lumpur. Dia sedang menamatkan Med (Sarjana Pendidikan) di Universiti Terbuka Malaysia. Mereka ada dua anak yang sudah dewasa.

Additional Information

Product Code U4659
ISBN No
Price MYR5.00

Product Tags

Use spaces to separate tags. Use single quotes (') for phrases.