Kitab Kolose & Filemon : Bertumbuh Teguh dalam Kristus

MYR10.00
In stock
SKU
QT938

Siri Perjalanan Iman membekalkan bantuan kepada individu atau kumpulan yang rindu untuk bersekutu dengan Tuhan melalui firman-Nya. Ilham harian akan membantu orang Kristian menyedari kebijaksanaan Alkitab yang berharga serta mengubah kehidupan. Ia juga akan mengilhami orang Kristian supaya menjalinkan perhubungan rapat dengan Tuhan. Buku ini sesuai digunakan secara individu dan kumpulan untuk mengkaji dan merenungkan firman Tuhan

Kitab Kolose & Filemon: Bertumbuh Teguh dalam Kristus : Sekiranya kehidupan Kristian diibaratkan satu perlumbaan, bagaimanakah kita memastikan kita menghabiskan perlumbaan ini dengan teguh? Izinkanlah surat Kolose dan Filemon menjadi panduan dan sumber dorongan kepada anda semasa anda berusaha untuk menuju ke garis akhir. Surat Kolose merupakan campuran teologi dan pengajaran praktikal yang indah kerana rasul Paulus menggesa jemaah di Kolose yang muda ini terus bertumbuh teguh dalam Kristus, mengingatkan mereka tentang janji-janji, keperibadian dan kewibawaan Tuhan. Dalam surat Filemon, Paulus memberikan kita wawasan indah tentang sifat persekutuan Kristian yang dinamik dan mengubah kehidupan. Carilah harta yang terkandung dalam surat-surat ini dan izinkanlah pengajarannya memimpin anda mencapai kematangan dalam Kristus Yesus—Pencipta, Penyokong dan Penebus kita.

Siri Perjalanan Iman membekalkan bantuan kepada individu atau kumpulan yang rindu untuk bersekutu dengan Tuhan melalui firman-Nya. Ilham harian akan membantu orang Kristian menyedari kebijaksanaan Alkitab yang berharga serta mengubah kehidupan. Ia juga akan mengilhami orang Kristian supaya menjalinkan perhubungan rapat dengan Tuhan. Buku ini sesuai digunakan secara individu dan kumpulan untuk mengkaji dan merenungkan firman Tuhan.


Mike Raiter ialah seorang pengkhutbah, pengajar dalam bidang khutbah, dan pernah menjawat sebagai pengetua bagi Melbourne School of Theology di Australia. Kini dia ialah pengarah bagi Centre for Biblical Preaching dan telah menulis banyak buku. Salah satu karyanya, Stirrings of the Soultelah menerima anugerah sebagai Buku Kristian Terbaik pada tahun 2004 di Australia.

Write Your Own Review
Only registered users can write reviews. Please Sign in or create an account