Rating:
100 % of 100
MYR45.00
SKU
WOWBM2

Siri Cerita Penting ini menyampaikan cerita-cerita daripada Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru yang boleh dibaca sendiri oleh anak-anak. Ia mengandungi gambar-gambar yang berwarna-warni dan menarik untuk menjelaskan ajaran dalam Alkitab. Tujuan siri ini adalah menjadikan Alkitab hidup kepada anak-anak, supaya mereka lebih tertarik dengan pemberitaannya. Lalu mereka akan melihat kepentingan kata-kata Tuhan dalam kehidupan mereka sendiri. Siri ini memberikan maklumat latar belakang bagi setiap cerita untuk dibaca oleh ibu bapa. Soalan-soalan juga tersedia untuk direnungkan, agar ajaran dalam cerita-cerita dapat diingat. Di belakang setiap buku ialah teks Alkitab bagi setiap cerita yang diambil daripada Alkitab Berita Baik. Selain itu, buku-buku cerita ini boleh digunakan sebagai bahan pelajaran dalam Sekolah Minggu dan bahan bacaan di rumah. Buku-buku ini juga boleh dikongsi dengan kawan-kawan yang belum mengetahui Berita Baik daripada Tuhan.

Write Your Own Review
Only registered users can write reviews. Please Sign in or create an account
Customer Reviews

1 Item

Show per page
  1. Bagus
    Value
    100%
    Buku kanak-kanak ini sangat cantik, dengan gambar2 yg berwarna-warni dan cerita yang amat menarik hati. Kanak-kanak boleh mula memahami Alkitab kalau baca habis semua 15 buku ini. Syabas!

    By

    Posted on

1 Item

Show per page